Archive | August, 2010

GE1155 Kuliah Minggu Ke-3: Project 2 (5%)

30 Aug

alhamdulillah….saya dapat juga menyiapkan tugasan ini…tugasan ini agak leceh kerana kita kena buat peta minda menggunakan paint atau lain-lain…tapi ia tidaklah sesusah mana…

 

Impak Web 2.0 Dalam Pendidikan 

                                                                        Jadual 1 : Penggunaan ICT dalam P&P adalah seperti berikut

  1. Internet dapat diaplikasikan dalam pendidikan melalui aktiviti-aktiviti samada dalam tugasan harian atau yang melibatkan proses P&P.
  2. Kebaikan pendidikan melalui e-pembelajaran adalah seperti yang berikut:

          -Pelajar boleh belajar mengikut tahap sendiri berdasarkan keupayaannya.

         -Belajar mengikut lokasi yang sesuai samada di pejabat, rumah, universiti dan masa santai kerana

           kemudahan intrrnet ini boleh diakses di mana sahaja lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan 

           3G.

         -Pelajar boleh melibatkan diri dalam program yang ditawarkan oleh universiti,kolej dan kumpulan

           dan kumpulan lain yang menawarkan program berprestij dan berkualiti tanpa bertukar lokasi.

         -Pembelajaran melalui e-pembelajaran membolehkan pelajar dilatih untuk menggunakan pelbagai

         teknologi seperti pemain CD, penyiaran komputer, rakaman pita video dan lain-lain.

         -Pelajar boleh mengarahkan pembelajaran mereka sendiri akan tetapi panduan pembelajaran

         diperlukan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.Pelajar perlu

         bertanggungjawab terhadap program pengajiannya, menyelesaikan tugasan dalam tempoh masa

         yang ditetapkan, mengumpul maklumat dan membangunkan kemahirannya.

3. Kebaikan pembelajaran menerusi laman web adalah:

         -Bahan pengajaran dalam bentuk laman web bagi memudahkan pelajar memahami

          pengajaran pengajar ketika atau selepas kuliah.

         -Menyediakan ruang untuk pelajar berinteraksi dengan pengajar menerusi e-mel.

         -Menggalakkan pelajar dengan menggunakan kemudahan internet untuk tujuan pembelajaran.

         -Menyebarkan maklumat kuliah supaya dapat dicapai oleh pelajar di mana-mana sahaja

          dengan menggunakan teknologi internet.